Friday, November 20, 2020

~ Farewell Aunty Fiza~

         Last day Aunty Fiza at school and we did a simple celebration. Nak cakap I is masak. 😂😂 Cam tak caya masak untuk orang lain makan. Selalu masak untuk diri sendiri je and risau la jugak sebab tak tau kena ke tak dengan selera diorang tu. Harap kena la dengan selera mereka sebab habis tu. tapi tak tau la diorang ni makan sebab lapar ke sebab sedap. 😂😂😅

Ini memang betul-betul simple 😂😂😅

Spaghetti goreng air tangan ku


Good Luck in your new journey


Cyst

     And yes. It is cyst. For some cyst tu mungkin biasa for women. But for me itu tak biasa. I've been in and out for hospitals and if possible don't want to undergo surgery. Yes. Doc suggest for surgery. Ada pro and cons. And it has been 21 days after been discharged. Counting days for follow up. 😟

    After discahrged, nak kata fully recovered to tak lah.  1st week after discharged the pain is still there. makin kurang sakit tapi jenis rasa sakit tu lain sikit. If before this tak de pun rasa menyucuk-nyucuk dekat perut. Masa 1st week discharged ada rasa menyucuk and perut rasa tak selesa and at some point kena consume pain killer. Cepat rasa penat, Jalan or buat kerja banyak sikit je dah rasa penat. If before this buat kerja berat pun ok je. Even drive dari Kelana Jaya ke Rawang pun rasa penat. 😅 2nd week getting better. But 3rd week sakit tu datang balik. Cepat rasa penat, tak boleh nak aktif macam dulu. Even masak sikit pun dah rasa penat. Atau mungkin sebab jarang masak?? 😅😆

    Selain dari consume ubat yang doc bagi, ada juga minum cuka apple. Tips nya ambil dari blogger jugak. Cara untuk hilangkan cyst. Doc ada cakap ubat vissane ni depends pada body patient utntuk react pada ubat tu. Ubat hormon untuk avoid period. Bila tak period, cyst tak mengembang sebab bila period tu yang akan buat cyst makin besar. Pernah tanya akak yang warded sekali hari tu akak makan vissane jugak ke hari tu. And akak tu cakap ye, tapi dia period macam biasa je. Hmmm.. dah jadi risau balik. 😅 3 weeks consume vissane. So far tak period lagi tapi the pain is there. Menyucuk kat bahagian abdomen. Tak tau nak describe camana.  

        During this time cuba untuk elak makan ayam and daging, (in fact ada setengah blog cakap memang kena avoid terus makanan yang jenis berdarah) fast food, lebihkan sayuran and buah and oily food. Dah sakit cenggini baru nak avoid semua tu kan.. 😅  Harap dengan makan vissane and amalkan minum cuka apple tu mampu kecutkan cyst saya.

    Is planning to change hospital. Tak mampu aih nak bayar kos dekat PPUM. 😅

*counting days for follow up


Wednesday, November 11, 2020

Appendicitis vs Endometriosis

     Sambung dari post sebelum ni

    25 Oktober,2020 lebih kurang jam 2pm

        Ke emergency PPUM. Dipendekkan cerita, lepas MO check and baca referral letter, terus kena tolak masuk ke wad sementara. Maka bermulalah sesi soal siasat oleh doc. Reason g klinik, bila start sakit, pernah ke x jadi macam ni, dah kawen ke belum, bila 1st start period, if period senggugut ke x, if senggugut makan ubat ke tak and many more. 

        Senggugut period tu normal sebab memang dari zaman muda remaja lagi memang selalu senggugut. Nak cakap tak makan pain killer langsung tu tipu la. Ada la jugak makan tapi dalam lebih kurang sampai form3 or form 4 tu ada la makan once or 2 times macam tu. Kalau makan tu maksudnya dah tak tahan sangat. Sebab I prefer not to consume meds sebab tau x elok sangat makan pain killer. Then maybe form 4 or 5 macam tu, dah tak senggugut maybe masa tu sebab consume spirulina. so memang dah tak senggugut. Even dah stop makan pun still x sakit. Rasa lenguh-lenguh tu biasa tapi yang penting tak mengganggu. Sampai la past 5-6 years back, sengguggut mula datang balik but it's bearable. Lenguh-lenguh and rasa sakit sikit-sikit tu biasa. 

        Early of this year maka bermula lah episod setiap kali period, I will have severe "gastric". First 2 months is bearable, memang jaga time makan and memang seboleh-boleh nya make sure perut x kosong. Sebab at this time, even lapar sikit pun, sila tanggung akibat nya. 😅 So.. In April, during PKP and bulan puasa disebabkan sakit yang dah x leh nak tanggung, maka ku dikejarkan ke emergency Hospital Tengku Anis. 😊 Masa ni doc pun x de la check details sebab I cakap gastric and kena cucuk 1 jarum then ok. So balik lah. Masa ni memang x leh nak duduk pun. Even dalam kereta pun duduk kat tengah seat depan and seat penumpang sebab x boleh nak duduk. Masuk kereta pun merangkak. 😅

        Then berpegang kepada konsep "gastric" every time period, I do consult with few docs memandangkan I is pengunjung setia hospitals. 😅 The last doc I consult gave me ubat untuk gastric and asked me to consume for 1 month and see how it goes. Ni tak salah kan doc lah because I went to general clinic. Not a specialist. Bila start consume ubat gastric ni ok lah... Tapi masalahnya ialah every night around 1-2am akan tersedar and perasaan lapar tu muncul seolah-olah tak makan apa-apa pun for the whole day. Tapi tak de la nak layan perut bangun makan malam-malam buta kan. Don't know if  this was the effect of meds or a "sign". Tunggu esok pagi je baru makan. 😅

        Ok. Back to ED at PPUM. Xray for lung and abdomen, draw blood, urine test, and docs from appendicitis and surgery came and visit me because remember? The doc at the clinic said it is 80% appendix. (Masa doc tekan perut, rasa cam nak terajang orang je. sakit weiiii 😅) Then doc from gynae came and said "jom g scan ye" dan my bed ditolak oleh docs. Masa ni seriously have no idea at all what was it about. Because dalam kepala is appendix. 

        So doc scan and said "I x de nampak appendix pun. Ni macam cyst. Left and right." Simple je ayat doc kan.. Tapi masa dengar tu terus pandang  doc, pandang screen. WHAAATTTT??? x cukup lagi ke dengan surprise appendix tu? Doc, it's not funny ok. Simple tapi padu and padat and boleh menggugurkan jantung yang mendengar nya. Tapi masa ni doc x boleh nak confirm sebab I just past urine. So tak jelas kata nya. She made a phone call to another specialist maybe and inform her about my condition. Then doc cakap akan scan lagi sekali dalam ward. 😔

        Masa ni tak tau la feeling tu camana. My brain just can't function well. Yes, cyst is normal among women but then it's not something favourable ditambah pula I is single, not married yet, no kids. All I can think is risk to undergo surgery. 😭

Around 7.30pm, dah di ward

        Once  warded, doc scan lagi sekali and yes it's CONFIRM WITH ENDOMETRIOSIS. Tanya doc apa tu endometriosis, doc  suh google.. hahaha kelakar. Otak ni dah la tak function. Doc suruh google pulak dah. Tapi betul la tu. Rasa kalau doc explain masa tu pun otak tak boleh digest gak kot info-info yang doc bagi tu. 😅

        Left 5cm, right 3cm. Dok berkira-kira kalau 5cm tu consider besar ke kecik ye? Atas saranan doc, maka google lah apa itu endometriosis dan cyst. So bila dah baca few webs, blogs, pages and ada tanya jugak doc apa yang tak faham now I know. 5cm is not small mak cik oi tunggu masa nak kena operate je but still not urgent. Doc cakap elektif surgery which means boleh hold dulu and tak urgent and doc suh consume vissane dulu. Based on readings and understanding from doc's explaination, yang dok sakit masa period tu bukan gastric, tapi endometriosis. Doc ada jugak explain pasal tisu melekat dekat ovari then masa period tisu tu tak keluar habis and so on. Tapi tak tau nak simplify kan camana takut jadi missinterpretation pulak dengan apa yang doc explain. 😅


Selama ni dok dengar orang je.. 😔

* day 13 after discharge 

Moga dikurniakan kesembuhan. Tak nak undergo surgery 😭😭

        

Monday, November 9, 2020

Gastritis vs Appendicitis

 25 Okt 2020, Ahad, Jam 2pagi.

        Tersedar dari alam mimpi sebab tiba-tiba perut memulas dan terasa pedih. (sememangnya niat nak bangun awal pagi sebab nak study because I got 2 exam papers on that day). Cuba tahan kejap sebab kalau boleh tak nak consume ubat. Around 2.30am dah tak boleh nak tahan so makan lah ubat gastrik. Dan seterusnya bermula lah episod menahan sakit hingga jam 4 pagi. Perut makin sakit. Ubat seolah-olah tak jalan. Dah mula risau camana nak jawab exam kalau perut masih sakit. (Before this selalu juga tersedar tengah-tengah malam and terasa lapar dan disangkakan gastrik dan ubat yang makan tu ubat gastik sebab before this pernah consult doctor and doctor suruh consume ubat gastrik tu dulu for 1 month and see how it goes. Until this date, baru around 3 weeks consume ubat tu)

        4.30 pagi. Masih sakit dan bertambah sakit. Mula fikir kena ke klinik sebab nak jawab exam. Tapi tak mampu nak drive and kena minta tolong kawan hantarkan. Tak sampai hati nak kejut kul4.30 pagi. Tunggu lagi sampai 5pagi. This time around serious dah tak boleh tahan and memang decide nak  ke klinik lepas subuh. 5am decide shower and then baru nak kejut kawan minta tolong hantar klinik. (Which is before that dah tak tau berapa kali jadi pengunjung toilet sebab rasa nak muntah. Tapi tak muntah pun. 😅) Masa tengah gosok gigi rasa nak muntah and kali ni memang muntah. 😆😅

        Dah lepas muntah baru lega. Memandangkan dah rasa lega cancel nak ke klinik sebab fikir nak exam pagi tu. Mungkin sebab penat tahan sakit, terlelap lepas subuh. Study dah ke laut dalam. Layan sakit punya pasal. 😅 Around 7.30am tersedar dan cuba study sikit  untuk exam paper at 9am. 

        9am. Start masuk GC (google classroom) and meet. (memandangkan musim PKPB, maka semua classes and exams are through online). Masa tu dok fikir perlu ke tak inform invigilators yang diri tak berapa sihat. Tapi mungkin disebabkan sedikit ketegaq and budget dah ok, so tak inform invigilators.

    9.30am. Exam starts. Around 9.45-10am terasa sakit lagi sekali. tapi masih boleh tahan. Cuba jawab soalan sebaik mungkin even rasa macam mengarut je.😅 Dah mula tak boleh fokus untuk exam. Perut makin sakit balik. 10.30am perut makin menyucuk. Nak makan ubat lagi tak berani sebab belum 8hours. Cuba habiskan jawab soalan exam. Around 11am submit answer sheet. Memang redha dan tawakal dengan apa yang di jawab sebab memang dah tak boleh tahan.

        Ajak kawan mintak tolong hantar ke klinik. Boleh pulak kereta kawan x de bateri tiba-tiba. 😅 Nak suh guna kereta sendiri, kereta manual, member tak tahu drive manual. 😆 So, pinjam la kereta member lagi 1, nasib la dalam rumah ni ramai yang ada kereta. 😆😆

        Around 11.15am sampai klinik and terus masuk jumpa doctor. Tak sampai lima minit pun dalam bilik doctor. Doctor check perut and terus cakap "you need to go to the hospital. I'll provide the reference letter. This is not gastric".  Me was like WHAAAT??? "80% is appendix. If yes need to go under surgery a.s.a.p " What kind of news is this? 😭😭

    Tapi masa tu x de fikir kena ke hospital cepat-cepat. Fikir exam paper for evening session. 😅

Me: Tapi doctor, saya ada exam this evening at 2pm and it's my final exam.

Doc: But you really need to go to the hospital. Until what time is your exam?

Me: 4.30pm

Doc: Ok then, if you insist, I'll give you pain killer. No matter how, after exam straight away go to  the hospital.

Me: Ok

        Tak sempat sampai rumah dah kena bebel dengan member suruh gi hospital terus. Suruh call lecturer and infrom pasal kena gi hospital. I is still 50-50. 😅 Dah la member tengah risau kereta dia rosak. 😅Sampai umah kena bebel lagi. Aduuhhh 😅

        Then decide contact lecturer and he asked me to contact exam unit. Di pendekkan cerita, the exam unit approved. 


        For next chapter, see you on the next post. Insya Allah 


Thursday, November 5, 2020

Teresek Jantung Pisang

 Tau ke teresek jantung pisang tu apa?

Orang kelantan mesti tau punya kan.. 

Tak tau nak explain camana apa itu "teresek jantung pisang". sebutan yang betul adalah "teghesek" haha

2 hari lepas kecoh dekat school pisang berbuah lagi.. tapi fokus ku bukanlah kepada pisang yang berbuah 2 kali tu.. fokus ku adalah jantung nya.. haha😆 sedap nya teghesek..

tengok macam ni pun dah menggiurkan. 😆

Maka hari ni terhasillah teghesek jantung pisang.
Resepi? Semestinya  incik google lah 😂 sebab diriku bukanlah sejenis manusia yang pandai masak.
Jumpa resepi dekat blogger  ni.. Tapi x de la ikut 100%. Ada la ingkar nya.. Contoh macam ketumbar, x letak pun sebab x de. 😅

Actually this is my second time cuba buat sendiri.. Ye lah, kalau kat kampung seharusnya ibunda la yang masak.. Cuma nya ada la call ma tanya nak buat camana.. Ye la kan.. sebab kadang tu resepi orang tua lain ckit. 

Apa yang penting bila dah hiris jantung tu kena rendam dalam air garam dulu. Maybe lebih kurang dalam setengah jam ke sejam. Lagi lama lagi bagus sebab getah dari jantung pisang tu akan buat teghesek tu rasa pahit. Garam banyak pun x pe. Kalau letak garam banyak x payah la rendam lama sangat. And lagi satu my mom cakap kena tengok jenis pisang tu jugak sebab ada setengah pisang jantung x boleh guna untuk masak sebab pahit sangat. Haaaa giteewww itu kata my mom lah.. Maybe lain orang lain pendapat and cara nya.

Bagi yang tak pernah rasa tu boleh la cuba rasa. My friend said rasa macam rendang. 😅

😋 orang qlate memey brehi goni

Dan sebenar nya kejadiannya adalah ada sedikit rasa pahit bila makan. Maybe sikit sangat garam masa rendam padahal dah rendam dekat sejam jugak
And konon nak healthy eating hari ni tegesek di combine kan dengan ikan bakar. Tak tahu la healthy ke tak kalau dah makan bertambah.. 😂😂 
Walau pun ada pahit-pahit sikit makan tetap bertambah. 😂😂

ikan bakar perapan resepi campak. guna apa yang ada kat dapur je. 😅

Perfect combo 😋😋

Ini kalau my mom tengok anak dara dia masak macam ni mau nangis bucu dapur. Terharu anak dara masuk dapur. 😅😆




A new start

 Bismillahirrahmanirrrahim..

Assalamulaikum wbt

Lama menyepi dari dunia blog 😅

Sebelum ni pun dah ada blog tapi disebabkan punya la lama menyepi dari dunia blog, lupa email n password yang digunakan. Plus that blog bila dilihatkan kepada entry-entry tu ya Allah childish sangat. Maklum la budak baru nak up masa tu. Mohon maaf atas segala perkataan yang mungkin mengguris hati atau tak matang.Kalau nak ikutkan memand sayang sangat blog tu. Insya Allah di page ni akan jadi lebih matang dan harap nya my entry will give some knowledge in a way. And sorry sebab mix language.